Menulis blog bukan satu perkara mudah. Menulis blog merupakan sesuatu perkara yang senang.
Tetapi masa bergerak lebih pantas dari seiring dengan perkembangan teknologi dan menulis blog
mengalami evolusi yang bukan sedikit.
Penulis blog di Malaysia secara am’nya terbahagi kepada 2 kategori;
1. Mereka yang menulis blog untuk menceritakan perihal kehidupan harian mereka.
2. Mereka yang menulis blog untuk berkongsi ilmu & bertukar pendapat dalam pelbagai
perkara & bidang.
Kategori 1 kebiasaannya tidak serius dalam menulis blog. Mereka akan menulis blog sekiranya ada
kelapangan & ada cerita yang hendak di’sampaikan. Entri mereka selalunya bercampur baur dengan
emosi & perwatakan yang kadangkala memeningkan pembaca dari luar lingkungan hidup mereka.
Di sini terdapat sedikit panduan yang boleh dikongsi bagaimana seorang penulis blog mampu
menjadi penulis yang serius & mempunyai pembaca yang setia.
1. Dapatkan nama domain & hosting sendiri. Ini perkara nombor satu yang mesti dilakukan
seseorang yang ingin menulis blog secara serius. Penjenamaan diri & kawalan penuh keatas
blog adalah amat perlu untuk menjamin hasil yang boleh dibanggakan.
2. Jangan gunakan trengkas/shortform. Ini biasa terjadi. Penulis menggunakan shortform
yang aneh-aneh tetapi menurut mereka itu yang menjadi kebiasaan. Ini penting untuk trafik
dari enjin carian & juga keupayaan blog itu menjadi mesra pengguna. Katakan hari ini kau
menulis satu entri bertajuk,’Cara Mudah Mncari Duit Dgn Intnet’. Dan, orang ramai
memasukkan keyword ‘buat duit di internet’, peratusan untuk entri tersebut untuk muncul
di enjin carian akan rendah & secara tidak langsung mengurangkan trafik yang berpotensi.
3. Keep It Simple. Peraturan yang sering dipandang remeh oleh penulis blog. Lebih-lebih lagi
penulis blog di’dalam kategori 1 di’atas. Mereka jika boleh mahu meletakkan segalanya
dalam satu muka blog mereka. Slideshow, bling-bling, gambar beranimasi & paling
menakutkan, perasaan buta tentang apa itu kontras. Pilih theme yang ringkas & mudah
untuk di’navigasi. Jika theme anda berlatarbelakangkan hitam, pilih font berwarna cerah,
tetapi bukan kuning. Jika theme anda berlatarbelakangkan putih, pilih font berwarna gelap.
Sangat Mudah kan?
4. Menulis seperti bercerita. Ada penulis yang aku jumpa menulis tanpa perasaan di’dalam
setiap perkataan’nya. Seluruh isi kandungan itu seolah-olah mati. Tulis’lah sesuatu cerita itu
jika anda benar-benar mahu menulis & berada di’dalam mood yang baik. Gunakan
perkataan-perkataan yang mudah di’fahami & susunan ayat yang menarik minat pembaca
untuk membaca sehingga ke penghabisan. Ambil masa untuk membaca tulisan mereka yang
telah lama di’dalam blog. Belajar & belajar.
5. Lawat ke blog rakan-rakan. Ini di’namakan membina hubungan. Anda tidak akan ke’mana-
mana jika menulis blog & hanya berharap untuk orang datang. Memberi komentar di’blog
orang lain seolah-olah memberi hadiah kepada tuan rumah ketika berkunjung. Dan, paling
penting ia membina hubungan yang berterusan untuk kebaikan blog sendiri.
No comments:
Post a Comment