Monday, 23 September 2013

PENGENALAN KEPADA BLOG

Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah sebuah laman web yang kemasukan-
kemasukannya ditulis menurut urutan kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik.
Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, atau
berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan lebih sebagai buku harian peribadi dalam
talian. Blog yang tipikal menggabungan teks, imej, dan pautan ke dalam blog, laman web, dan media
lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca untuk meninggalkan ulasan mereka
dalam format interaktif merupakan ciri yang utama untuk banyak blog. Kebanyakan blog umumnya
adalah blog teks, walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog foto), video (vlog),
muzik (blog MP3), atau audio (podcasting), dan merupakan sebahagian rangkaian media sosial yang
lebih luas.
Istilah "blog" merupakan kata lakur untuk perkataan "web" dan "log" (Web log). "Blog" juga boleh
digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian "untuk memeliharakan atau
menambahkan isi kandungan ke dalam blog."
Weblog-weblog yang awal hanya merupakan komponen-komponen laman web biasa yang
dikemaskinikan secara manual. Bagaimanapun, pengembangan alat-alat untuk memudahkan
penghasilan dan pemeliharaan rencana-rencana web yang diposkan mengikut tertib kronologi
terbalik menyebabkan proses penerbitan boleh dilaksanakan oleh lebih banyak orang yang kurang
mahir dari segi keupayaan teknikal. Ini akhirnya menyebabkan sebuah kelas penerbitan dalam talian
yang terdiri yang menerbitkan apa yang diakui sebagai blog pada hari ini. Umpamanya, penggunaan
perisian berasaskan pelayar kini merupakan suatu aspek "pemblogan" yang biasa. Blog-blog boleh
dihoskan, baik oleh perkhidmatan-perkhidmatan pengehosan blog yang khusus, mahupun melalui
perisian blog, seperti WordPress, Movable Type, blogger atau LiveJournal, atau dalam
perkhidmatan-perkhidmatan pengehosan web yang tetap seperti DreamHost.
Istilah "weblog" dicipta oleh Jorn Barger pada 17 Disember 1997, manakala singkatannya, "blog,"
dicipta oleh Peter Merholz yang secara bermain-main memecahkan perkataan weblog menjadi frasa
we blog di palang sisi blognya, Peterme.com pada April atau Mei 1999. Ini dengan pantasnya
diterima, baik sebagai kata nama mahupun sebagai "kata kerja" dalam bahasa Inggeris ("to blog,"
bermaksud "mengedit weblog atau mengeposkan perutusan ke dalam weblog").

No comments:

Post a Comment